// Miss Mustache !

Bonjour!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
CikSab CikSab CikSab CikSab CikSab CikSab CikSab




Tagboard



My Melody


Visit dem'




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

What in future ;)

Bissmillahhirrahmanirrahim .
Alhamdulillah Ya Allah kerna Engkau telah menghidupkan aku sehingga kini . Kerna masih banyak perkara yang belum aku selesaikan di muka bumi ini . Masih terdapat hutang yang belum dilangsaikan . Masih banyak amanah yang perlu aku pikul . Masih banyak perkara yang aku perlu belajar . Dan masih banyak yang perlu aku lakukan untuk membanggakan kedua ibubapaku . Masih banyak juga perkara yang belum aku katakan kepada orang-orang yang aku sayangi . Berilah aku peluang untuk menjadi lebih baik . Untuk aku lebih bertaqwa kepadamu . Untuk aku keluar daripada kejahilan ini sedikit demi sedikit .

Dan andai telah semua aku langsaikan . Andai telah semua aku selesaikan . Andai telah semua aku katakan . Aku berserah Ya Allah . Aku tahu perancanganmu lebih baik daripada apa yang ku rancangkan . Semakin lama manusia di dunia , semakin banyak dosa yang dilakukan kerana manusia tidak pernah sesaat pun terlepas daripada melakukan dosa walau sebesar zarah .

Banyak yang ingin ku katakan , banyak yang ingin dikongsikan .
Terima kasih mama abah dan adik-adik . Yang sentiasa sokong dan doakan kakak . Maafkan segala kesalahan dan perbuatan kakak . Halalkan segalanya .

Terima kasih kawan-kawan . Nisha Dila Mimi Wani Leha Fiza dan semua kawan-kawan baik sama ada dr sekolah rendah , classmate or semua orang yang menyayangi diri ini . Terima kasih atas sokongan hampa . Di Yaumul Hisab , andai aku tiada di syurga , carilah aku dineraka dan tariklahku bersamamu di syurga . Itulah apa yang dikatakan ''BEST FRIEND TILL JANNAH'' .

Orang nampak aku baik ,
Sebab,
Allah tutup aib aku . 

Dear you all ,
 ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita . Samada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita . Allah takkan hadirkan seseorang tanpa sebab.
Terima kasih selalu mendoakan aku dan teruslah mendoakan aku . Alhamdulillah . 
Tetiba harini aku tergerak hati menulis macam ni . Manusia makin hari bukan makin muda . Sekadar renungan untuk diri .